Monday, July 25, 2011

Misteri Villa Nabila

Oke guys. Entri ni pasal sebuah villa lama yang terletak di Johor jugak..well johor memang banyak tempat2 mistik ke? aku pun tatau ah. tapi aku percaya bukan Johor je, negeri2 lain pun mesti banyak tempat2 berhantu kan cuma kite je tak tahu. Kalau nak diikutkan dari apa yang aku dapat mase aku netwalking (sangat banyak masa dihabiskan oke, tapi sebab aku ni xde wat pape dok uma goyang kaki je, aku dapatlah luangkan masa yang sangat cukup utk cari cerita2 seram camni) villa nabila ni ade banyak jugaa versi nya. Yelah cerita lamakan. So orang yang bercerita dari 1 mulut ke 1 mulut tu, banyaklah yang menambah garam gula serta ajinomoto skali dalam cerita dek sbb nak sedapkan lagi cerita dorang. Dah skarang ni kita yang baru hidup ni xtau la pulak mana 1 cite yang betulnye. Tapi xpelah, just sebagai peminat kisah-kisah seram, aku pilih 1 version yang aku rase memang best dan menyeramkan untuk dikongsikan dalam blog aku..Anyway betul ke tidak wallahualam aku bercerita sekadar utk hiburan semata-mata. No hard feelings okeh.

Villa ni terletaknye atas sebuah bukit dan telah dibina lama berabad-abad sebelum ni. Banglo ni telah dibina oleh sorang lelaki barat yang kaya raya dan beliau telah menamakan villa ni Christine Palace sempena nama isteri tercintanya. Lelaki ini berpangkat datuk dan amat berpengaruh di Johor ketika itu. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Nabila, nama tempatan Malaysia disebabkan anak itu dilahirkan di Bumi Malaysia.

Kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia sehinggalah si kecil Nabila berumur 5 tahun. Pada suatu hari lelaki tersebut dan isterinya dibunuh oleh sekumpulan penjenayah dan hanya Nabila sahaja yang terselamat sebab sempat bersembunyi. Penjenayah-penjenayah tu merompak segala barangan berharga dalam rumah tersebut dan lari tanpa dapat dikesan.

Then tinggallah Nabila dalam keadaan sangat takut dan xtau nak buat apa memandangkan dia kecil lagi. Dia cuma menangis sepanjang hari di sisi ibunya sehinggalah keesokan harinya memanggil-manggil ibunya yang telah mati. Petang keesokan harinya, orang gaji mereka pulang dari bercuti di kampung halamannya dan beliau teramat terkejut melihat mayat-mayat majikannya bergelimpangan di ruang tamu dan anak majikannya yang kelihatan lemah menangis di atas dada ayahnya. Mungkin kerana penat dan tidak makan langsung selama 2 hari membuatkan si kecil itu lemah.

nampak x bangunan disebalik pokok ni? itulah sebahagian dari Villa Nabila ni.

Orang gaji a.k.a amah keluarga ini cuba memujuk Nabila supaya diam tapi Nabila tak mau diam, masih merengek memanggil ayahnya bangun dari 'tidur'. Si amah terfikir-fikir apa yang harus dibuatnya, tapi secara tiba-tiba amah tersebut terfikirkan harta kekayaan yang diwarisi Nabila sejurus kematian ibubapanya. Dengan perasaan tamak yang memuncak, si amah mengambil keputusan untuk membunuh Nabila supaya dia dapat membolot semua harta bekas majikannya itu.

So, Nabila yang kecil dan tak berdaya itupun dibunuh oleh orang gaji ibubapanya sendiri dan disimen ke dinding oleh amah tu. Tak lama lepas tu pihak polis menemui mayat-mayat suami isteri itu atas laporan orang ramai yang mencurigai kehilangan keluarga itu secara tiba-tiba. Diorang x jumpa Nabila, puas dorang lakukan siasatan then atas 1 kesilapan yang ditinggalkan amah tu menjadi klu pada pihak polis tentang dimana mereka perlu mencari Nabila - kesan simen yang tidak kemas pada dinding dan peralatan yang tidak tersusun dalam bilik stor.

Polis pun cuba pecahkan dinding tu dan terjumpalah oleh mereka mayat si kecil Nabila yang mulai reput. Dari sumber tertentu ada mengatakan, sehingga rumah itu dirobohkan, masih ada kesan bentuk tubuh Nabila yang disimen di dinding villa tu. Lama rumah tu dibiarkan kosong sebab orang tak berani duduk. Lumrahlah bila ada kes mati xkira sama ada dibunuh atau bunuh diri, orang tanak dekat dengan tempat tu sbb percaya roh si mati yang x aman menghantui tempat tu.

Dalam kes ni, banyak cerita tentang kemunculan lembaga-lembaga aneh berkeliaran dikawasan villa ni. Ade yang penah nampak budak kecik berdiri kat pintu masuk villa ni. Setelah lama kejadian pelik-pelik cm kemunculan roh Nabila ni berlaku, orang pun mula panggil tempat tu Villa Nabila.

Pehh seram sial. kalau tengokkan gambar luar rumahnya saja cukup lah aku meremang sudah. Diberi RM5000 suh tidur lam villa ni pun aku tamau.

Sekian, Terima kaseh!

2 comments:

Anonymous said...

serammm.....

Nia Sillent said...

huhu mase Nia bace pun berpeluh -.-"