Monday, July 25, 2011

Letupan Dahsyat di Matahari

Pada jam 2.41PM , 8 Jun 2011, Matahari telah mengalami sebuah letupan (solar flare) yang amat kuat.

C.Alex Young, ahli fizik solar dari NASA Goddard Space Flight Center memberi komen di dalam video youtube beliau, "It kelihatan seperti seseorang menendang segumbal kotoran habuk ke udara!".
Ia dirakam menerusi satelit NASA bernama Solar Dynamic Observatory.
Yang menarik dapat dilihat di dalam video tersebut, kebanyakan plasma yang dilontar ke atas, telah jatuh kembali ke permukaan matahari, dan menghasilkan 'percikan api' sebesar Bumi!
Plasma yang selebihnya telah berjaya melepaskan diri dari tarikan graviti matahari, dan menjadi serpihan yang dipanggil Corona Mass Ejection (CME) dan menuju ke Bumi pada kelajuan 1100km SESAAT! Di jangka apabila ia menghentam Bumi pada 8 atau 9 Jun ini, fenomena Aurora akan meningkat naik dan dapat dilihat dari kawasan negara berhampiran dengan kutub.

DAMN aku baru tahu pasal berita ni. But so far aku xdengar pape berita penghentaman serpihan matahari ni dengan bumi lagi.. dan aku xdapat cari berita susulannya dari sumber ni. harapnya menda ni xakan menghentam bumi sebaliknya bertukar haluan ke tempat lain pula. Amin.

No comments: