Friday, July 29, 2011

Tanda-tanda Kematian

Assalam sumer.. Entri kali ni aku nak share tentang tanda-tanda kematian yang aku terbaca kat blog adik angkat aku Cik Sarah dan aku pun kidnap untuk dikongsikan dengan pembaca blog aku setelah mendapat keizinan beliauu...huhu aku rasa ni memang info yang agak menakutkan tapi kita sebagai manusia Islam perlu tahu semua ni dan bersedia menghadapinya bila-bila masa sahaja.



Saat-Saat Semakin Hampirnya Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Pernahkah anda terkejut?

Tipu lah kalo korang kate korang ta pnah tkejut. Kite manusia mesti penah terkejut. ta pcaye? wey baby yang baru lahir pun kerap terkejut okeh. so tapayah r nak buang masa debat ngan aku kate korang ta pnah tekejut... aku sniri pun, actually melatah ah..so bilangan aku terkejut tu toksah kata la. tah berapa kali aku pun nk mengagak payah. Disebabkan aku ni kuat melatah..makanya ramai la pulak yang suka menyakat. Masya-Allah, tension bai bile kene sakat. sebab aku ni melatah bukan mulut aje terpekik.. tapi kaki tangan sume berjalan.

Pernah skali tu member aku menyakat...disergahnya aku dari belakang masa kat cafe di universiti..dah nama pun cafe, memang ramai gila babi la. sbelah nyebelah aku masa tu kekawan sekelas sumer la...dah yang aku ni terkejut hah tangan aku pun lempang sorang member yang dok sbelah kanan masa tu yakni Banu-Banu (separuh nama sebenar)...Muke cik banu ni dah serupe orang mati anak ayam kesayangan dah...but die x marah aku la, tapi die xbenarkan aku move dari tempat aku..huwaa sedih oh. tapi naseb bek ah die xbetempik kat cafe tu maki hamun dak yang sergah aku tu. die cume bebel je...huhuhu sayang cik banu-garang lebeh.

Ada plak kali lainnya, masa tu kami dalam language room..tunggu lecturer, aku duk jauh kebelakang kelas a.k.a same je depan ke blakang sebab kelas tu kecik gila but aku suka gila sbb ade ekon bagai..die cam pusat pengumpulan artwork pun ade gak. Agagaga...sambung cite, salah sorang membe aku duk belah depan kelas, die nk gurau ngan aku die balinglah sebuah pencil case yang memang penuh berisi bak bunting padi dan jatuh tepat depan aku yang tgh leka bsembang, aku tkejut lantas (chewah!) trus hambek pencil case yang berat nak mampus tu baling balik ke arah mana dia dtg...tapi bukan pada membe yang baling tu, tapi terkena 'dada' budak pempuan yang dok sbelah dia plakkk...adoi dah la minah sorang ni garang haabeh. seisi kelas terdiam masa tu...suasana tegang gila xterkata...cik Ariana (hampir nama sebenar) yang menjadi mangsa ni bangun dan hempas buku die ats meja n blah keluar dari klas tu.. aku dh terketaq dh. tp membe2 skeliling aku kata aku xsalah. sbb aku melatah oke, sape suh sakat camtu? so membe yang campak natang case kat aku tu pulun minta maaf kt Ariana n aku lepas tu. sian tgk cik Furah (hampir nama sebenar) masa tu..nangis2 kot...luluh jiwa aku..aku paling benci kawan2 aku bersedih...

Selain tu, pernah gak jadi kat kelas..dgn lecturer berada di dalam kelas ok! yang ini amatlah memalukan + menyeksakan sbb jantung aku hampir stop cm nk kena sakit jantung dek terkejut tahap dewa. Al-kisahnya kami sume tengah sibuk menyalin notes kuliah subjek Learning How to Learn (LHTL) yang diajarkan oleh Miss Rita-Super-Comel pada tahun 2009...then ade lah entah malaun mana aku pun dah tak hingat, dicocoknye pinggang aku yang comel ni menyebabkan aku bertempik bingit dalam kelas yang sedang sunyi khusyuk menyalin notes tuh. Wey damn giler lah... Aku ni mase tu baru masuk Universitii, semangat belajo tu bapak pulun tinggi so aku menyalin notes guna pen pelbagai warna Stabilo sebab dulu kan ade iklan "warna menguatkan ingatan" tu... so tangan aku tgh pegang bermacam variasi warna pen tu dan pen hitam sbijik juga pensel tekan sbijik. Malangnya disebabkan impak keterkejutan aku yang gila babi tu aku telah tercampakkan kesemua pen dalam genggaman aku terbang melayang kedepan macam hujan peluru berpandu ke arah Miss Rita yang sedang mengomel tentang notes tu! Gila lah. Miss Rita tercengang dan terdiam lebih kurang seminit sebelum bernafas tercungap-cungap macam baru telepas daripada maut yang mengejut. pastu die mcm speechless gile, terduduk jap...aku ni toksah kata la dh macam nk terkencink siot..takut aku kene hambur ngan lecturer aku sorang ni x memasal abisla markah exam akuuu...bile Miss dah cool, die tanye aku kenapa tadi..then aku ckp la de org cocok, die tanye sape n die kate die xpnah tgk org tkejut gtu skali. die cam tergelak lepas tu die kata aku ni merbahaya oh (die gurau)..huhu malu siyal! Ape la dosa aku kene sakat macam tu skali? huhuhu~ pastu 1 kelas dgn Miss skali tolong aku kutip pen-pen yang terabur - ade sbatang 2 hancur bersepai dowh,agaknye impak hentaman dinding tu kuat sgt?? Sian aku kan? tulah........................

Itu cerita tentang aku...banyak lagi sbenarnya kalo nk boh sini xlarat aku nk naip n xlarat gak korang nak bacenye. hoho... Jom kite layan video sorang mamat yang aku rasa melatah jugak sbenarnya ni..die disakat kawan dia sendiri kat umah membe die. So ape yang terjadi bukanlah salah die ye. Kesian dow mamat ni walaupun bile kite tengok orang melatah ni memanglah lawak kan...tapi sengsara dow, ngan jantung cm nk tcabut...huhu Jom layan VIDEO MAMAT TERKEJUT GILA BABI SAMPAI TERKENCING ..........

Geramnye.. :(

Ade orang sangat susah nak update post sebab tak der idea nak mencarut lam blog dorang,..ni kes aku dah terbalik pulak..Lately aku terlalu banyak idea nak menulis sampai tak tahu nak mula yang mana satu dulu. yang sedap tu bile aku try buat satu-satu, nanti jadi tunggang terbalik sebab tercampur dengan idea-idea lain yang datang menerjah otak aku macam ribut topan. Sabaw ajerlah. Dah jadinye aku satu hape pun tak dapat nk update dek terlalu banyak mende nak ditulis. Eii tension la. cam jibam sungguh (ayat peymes salah sorang ex-clazmate aku mase kat Unisel - die jenis xmencarut ye so die mampu cakap jibam aje. Ntah ape kejadahnye maksud jibam, kami semua serta die sendiri pun tatau!!) wahahaha...Anyway, aku rase aku mcam dah terlalu banyak update cerita hantu...yang menyebabkan kawan2 aku tegur aku sebab takut nak bace blog aku. Peh..sengal. aku sniri minat citer hantu nak wat camno? hurm...sudahnya aku pun cari la informasi yang ade gunenye gak..tapi bukan senang bai..susah tau x..nak mencarinya senang, bersepah ade..tapi xkan la kite nak rembat idea org kat blog mereka kan. Hah gasaklah. skang aku tulis cam dulu balik...merapu pasal daily life aku. korang xsuke bace xpe, yang penting blog aku terupdate (^_^)~ heheheheee

Wednesday, July 27, 2011

Duit Syiling Baru Malaysia

Salam. Arini aku dapat berita tak lama lagi negara kita akan menggunakan duit syiling yang baru. Duitnya cantik jugalah and nampak moden sket... Bhagian belakang syiling2 ni telah ditempa dengan corak2 kebudayaan kaum2 yang ada lam Malaysia ni antaranya corak sulur kacang yang selalu digunakan dalam senibina melayu (blakang 50sen), corak bunga melur (blakang 20 sen), corak anyaman (blakang 10 sen), dan juga corak kain destar singa yang selalu digunakan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah (blakang syiling 5 sen)...aku suka bahagian belakang duit2 ni terutamanya duit 50sen. smart dowh... memang somei. Aku suka kalau kua duit2 baru ni. sebabnya aku dh bosan dgn duit lama tapi of course aku xpernah bosan dgn nilai duit tu..muahahaa sape xsuka duit kan?? hurm nyum nyum nyum~~~ Jom tengok duit2 baru yang bakal lahir di Malaysia ni menjelang 2012~


newmalaysiacoins_combined


cmane? cun kan? kalo korang perasan nombor kat duit syiling ni dalam keadaan Italic kan. Aku rasa unik juga. pape pun aku memang suka duit baru. Aku nak duit kertas pun semua diperbaharui...dan itu memang akan terjadi! Duit kertas siri keempat juga akan dikeluarkan x lama lagi! Warrrgghhhh I like (^_^)~~!!

Oh ye, duit 50 yang aku admire ni ade special security features tau. camni :

Image of 50 sen security features called Latent Image
Haa....spesel kan...latent image die boleh dilihat bile syiling ni dilihat dari sudut berbeza...

COMEL!

Tuesday, July 26, 2011

Sedih Lahanat!

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat ceritalawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA

Tempah batu nesan betul si C ni. HUh! (>.<)

Cerita di Unisel SA

Okey. At that time Unisel tu belum jadi Unisel g ah kat SA.. Masa tu ia dipanggil Ispens. Credit to OrangeBear yang share di forum gak. Memang tabekk sbb berani halau antu dengan pkataan 'brambos'. Kalau aku, oi sumpah silap ari bulan aku berpuisi pulak suh die jgn kaco aku sbb takot antu tu cm kecik ati..ehehehhh Jom kite layan citer cik Orange~

.........................................................................................

aku dulu study kat sec 7 pun ader kene tempias gak. But it happend kat kolej sec 7. tapak kolej yang sekangkang kera tue org cakap keras..alhamdulillah masa sem 1 sampai 3 dok kat hostel takder aper yang berlaku kat diri ku ini and nampak aper2 yang tak patut nampak..walopon katil bebetul kat tepi tingkap..huhuhu. tapi adelah kes budak dorm lain kat atas dorm aku yang kene histeria. ingatkan dia main jerit2 ke haper ke sebab budak2 pompuan kat kolej tue memang suker nak test2 vokal jerit2 tgh2 mlm..citernyer camnie..die kuar sorang2 dlm kul 9.00 mlm gi buat fon call kat public depan surau kolej. tempat tue dahler gelap n sunyi.on the way balik tue dier raser dah semacam.masuk jer dorm muka dah pucat.dok diam jer kat katil.member tegor pun dier wat derk jer.tetiber dier menjerit-jerit. member lain ingat sakit ker hape..gi la cuba tenangkan dier..habis dier mengamuk..nak tak nak terpaksa call bro2 senior yang len coz tenaga dier dah super dupper. sorang bro ni kire macam ustaz2 sket suruh budak dorm baca yassin sambil dier n bro lain pegang budak histeria nie..sempat jugak la bro2 senior nie kene penerajang dier sedas dua n ader gak yang kene gigit. masa org tgh baca yassin tue dier ikot gak baca yassin tapi tunggang langgang la..pastue dier bantai gelakkan org yang baca yassin tue n cakap 'hahaha...baca salah'. bro yang macam ustaz tue suruh ignore jer dier n keep baca yassin. at last lepas beberapa kali baca yassin n usaha dari bro yang macam ustaz tue budak ni recover..rupernyer budak yang kene histeria tue memang lemah semangat..bende2 halus nie suker nyakat dier dari skolah+kat umah n ikot dier ke kolej.. yang nie aku sendiri yang alami..masuk sem akhir kene tukor hostel. hostel yang ni ngadap padang.so kali ni katil aku kat btul2 ngadap pintu n kat tepi bilik washroom aka bilik mandi aka toilet. katil double decker. aku amik part yang bawah tdo 2 orang dgn member aku. mlm pertama jer aku dah tak dapat tdo. lampu lak dah tutup. memang gelap pandangan aku. sunyi sgt. aku cuber tutup mata. kejap pusing kiri. kejap pusing kanan. bila aku hampir nak terlelap tue, tetiba aku tertangkap satu bunyi macam orang berjalan kat atas kepala aku. aku tdo kepala ngadap pintu. bunyi tapak kaki tue macam india pakai gelang kaki yg byk loceng. mula2 sayup je. pastu makin lama makin dekat bunyi tue. aku plak makin dekat bunyi tue makin berpeluh aku walaupun kipas hala kat aku. lama gak la bunyi tue aku dgr. dok ulang alik kat atas kepala aku. bunyi tue, terasa dekat betul dgn kepala. try jugak nak bukak mata tapi tak boleh..last2 aku naik fedap. aku marah jer bende tue. seingat aku, aku cakap kat bende tue macam nie 'hei, pegilah main tempat lain. aku ni nak tdo. besok aku ader class. ader test. tolonglah berambus'. Tak lama lepas tue bunyi tue sayup2 je aku dgr n trus hilang...esok tue plak member aku citer dier dengar mcm org tgh bercakap tapi biler dier toleh kiri kanan takder sorang pun yang tgh bercakap. semua tgh sedap tdo. bahase yang die dgr tue plak macam bahase india tapi ader bunyi pelik2 sket.. huhuhu...so conclusion yg aku buat sendiri maybe bende tue nyakat org lain lepas aku suruh dier berambus..huhuhu

ader lagi citer..but ni kat hostel lelaki...1 mlm tu bdk2 lelaki kat dorm lelaki tdo lewat...biasa la budak lelaki..yang melepak lain yang study lain. so ader 1 group ni main poker kat katil, tak silap akula...ramai gak kumpul. masa tu ader la dalam kul 2-3 pagi.tgh ralit main tue ader la sorang budak ni terpandang sesuatu kat penjuru dinding..kat area penjuru tue gelap sket coz diorang hanya bukak lampu kat tempat mana ader org jer..budak tue tak amek port pun pada mulanya coz kat dorm lelaki memang dah selalu kena kacau..so..lepas berapa minit tu dia pandang lagi kat tempat yang sama. pergh!! bende tue dah menampakkan diri dia..en poc!!budak ni try wat cool tp peluh dah merecik2..tgn dah ketar2. dia diam jer..budak2 lain yang perasan keadaan budak sorang ni tanya 'ko apehal?' budak tu tak jawap. dalam takot2 tu dia try pandang balik kat penjuru. en poc tue dah buat loncatan!! ape lagi..gagap2 budak ni suruh member lain pandang kat penjuru tue..yang lain bila dah terpandang bertempiaran lari dorm sebelah..ader tue siap nyorok bawah katil n tilam..terbalik semua tilam2 diorang kejekan..biler en poc tue passing by kat budak2 yang nyorok bawah katil, diorang macam terdengar en poc tue berdehem beberapa kali..sore garau giler tak yah cakap arr...en poc tue pun aku raser juz nak bagi peringatan kot kat budak2 lelaki yang men poker tue coz lepas tue dia trus hilang macam tu jer..

Lagi Rumah Berhantu di SA

Yang ini pun, bukan juga cerita rekaan. Kalau yang cerita rumah sewa 50 tu kita x pasti ceritanya benar atau tidak, tapi yang ini memang benar sbb pengalaman sendiri salah seorang bekas pelajar UITM Shah Alam. Credit to Cik PinkTriangle dari forum. Jom kita baca ceritanya :

....................................................................................................

salam semua..nak share juga pengalaman sendiri kat sini..

dlu sy study kat uitm shah alam sbb xdpt hostel maka sy sewa dirumah ini.rumah ini sgtlah besar.tidaklah cantik seperti rumah lain sbb old design..rumah ni ada 6 bilik.sy duduk bilik bawah seramai 4 org sebilik.bilik cam org gaji je tapi sewa 400..huhu...

hall dia mmg besar giler..tpi dkt situ ada banyak sgt bekas akuarium yang tidak digunakan...oh ya rumah ni kalo memalam mmg sgt scary.sbb tidak ada langsir.tingkap pun tinted.mmg takut nak tgk kat luar.ok nak dijadikan citer pada 1 mlm,sy ngn kawan sy stay up belajar sampai pukul 3 pagi dkt hall.tgh syok2 study tiba2 bunyi org call hp kawan sy.time tu dia charge hp dia kat dlm bilik.sy dah pesan jgn gayut dlm bilik bawak hp tu ke luar kat dpn.sy takutlah duk sorang2 sunyi lak tu.ehh minah ni lama tul dia bergayut.geram tul.tgh duk geram tu tiba2 je ada benda baling kat belakang sy.alamak apa pulak ni... sy buat2 berani.sy jenguk kat belakang, jenguk kiri kanan atas bawah tgk xde apa pun yg jatuh.



apa lagi terus berdesup masuk bilik dan citer kat kawan saya.mmg sy panik giler.dah kami berdua takut nak amik brg kat luar tu so ajak kakak bilik lgi sorang ni temankan sekali amik..ok setelah apa yg terjadi pada sy barulah esoknya kawan sy pn bukaklah rahsia rupanya dah byk kejadian aneh dirumah tu.tpi masing2 xnak citer.

kawan sy ckp sebenarnya sebelum ni masa dia bergayut kat hall tu dia ada nmpak sy lalu kat belakang dia.nampak melalui peti kaca akuarium tu..tpi dia pelik napa saya xsampai2 dari tadi.rupa dia sebijk cam sy katanya..rambut panjang semua bila dia pusing belakang tgk xde sapa dia pun terus melompat masuk bilik.kisah lain ada sorang kakak ni tumpang tdo bilik saya.dia citer dia telah dikejutkan oleh seorang lelaki yang bersuara garau suruh dia bangun..padahal mana ada lelaki dah sah2 pempuan semua..

nampaknya bukan kata di hall je berantu dalam bilik sy pun ada jugak nasibla selama idup duduk dlm bilik tu kami xpenah kena apa2..ok yg ni jgn kata umh tapi berlaku diluar umh.yg ni lagi seram.berlaku pada 2 org roomate sy.dorg berdua lepak depan umh sambil tunggu kawan2 amik dorg makan mlm.tgh duk tunggu lama2 tu...

tiba2 kawan sy yg sorang ni ckp dia nampak benda putih dari jauh.masa tu dia xtau apa dia.nampak kepala diikat.tpi time tu dia terpkr budak chef kot.dorg dressing kan mcm tu pakai tudung masuk dlm baju seragam.tpi bila dia tgk xgerak2 dari tadi dia pun rasa pelik.dia ckp dlm hati org ke ape ni? tiba2 je dia tgk benda tu melompat2..sahla bukan orang.so dlm takut2 tu dia tanya gak kwn sorang ni.ko nampk x apa aku nampak? tak.apa dia? benda putih...xde pun..yang aku nampak benda hitam besar ditutupi atas pokok.

terus dorg terdiam..maksudnya mlm tu masing2 nampak 2 antu yg berlainan satu hitam satu putih... oh ya dgr kata lorong umh sy tu pun mmg keras..kebetulan juga ada salah sebuah rumah disitu dikatakan mati bunuh diri..dan ada juga bungalow di lorong lain tapi masih dlm kaw seksyen 2 dikatakan berhantu juga n mmg rupa keadaan rumah tu sgtlah scary mmg xde org duduk selalu sy duk usha umh tu kalo lalu naik keta..even siang2 lalu pun dah seram.

....................................................................................................


Hah agak 'nyum-nyum' gak ah cite kawan kite ni..meremang juge bulu yang ada serba sedikit. kalau aku, aku rayu ngan mom n dad aku nak pindah umah. xtenang dok umah gitu seh...dah le aku ni iman xcukup nak menghafal ayat suci pun tergagap...adoss~

Istana Billah

Alright. aku rase korang sume memang da sangat2 tahu pasal Istana Billah ni kan. Gitu gak tentang filem Penunggu Istana yang dibuat di istana lama ni. Istana Billah merupakan sebuah kediaman dua tingkat yang telah ditinggalkan beratus tahun dahulu. Dipercayai telah dibina oleh seorang bangsawan dari suku Maidailing, Sumatera, rumah tersebut pernah menjadi lambang senibina yang gah pada tahun 1890-an. Namun, tidak pernah diketahui apa puncanya ia ditinggalkan begitu sahaja.

Ramai yang tertanya-tanya betul ke tidak tentang kebenaran rumah diraja ni ada 'sesuatu' menghuni. Ramai yang xmahu percaya pengalaman dan rakaman footage budak2 Universiti tu adalah benar. To be honest aku pun cm 50-50 nak percaya. Bile aku selongkar betul2 cerita istana Billah ni. Aku jumpalah 1 cerita yang diceritakan sendiri oleh orang yang mengalami gangguan di istana berdaulat ni. Credit to Mr.Q from Geng Cerita Forum. Berikut aku copy cerita yang diceritakan sendiri oleh beliau.

......................................................................................................................


Ak citer sket pengalaman ak psl Istana Billah ni.

Ms diploma dulu, ak penah dtg kt Istana Bilah ni tp wktu tu ak xtau yg istana ni brhantu. Nama istana Bilah ni pon ms tu ak xpenah dengar langsung. Kiranya memang naif sangat2 la.

Ak dgn kwn2 ak [7 org] dtg kt situ slps terjebak dgn kata2 sorang kwn ak ni [Syawal]. Ms tu kitorg kna study psl rumah melayu lama [ukiran,corak,senibina]. Sblm tu,biarlah ak panggil diorg dgn nama pangkal aje. Lelaki 4 org, aku[Q],S,E dn W. Yg pompuan lak 3 org, BB,NN ngan AA.

Time ni kitorg dpt group assignment. Asalnya kitorg nk g ke Melaka/Pahang tp dh ad group lain yg kesana, so kitorg pun pilih la Perak . Kebetulan pulak rmh m.cik AA ni ad kt Perak. Cadangannya boleh la risik2 ngan m.cik AA ni umah yg best2 kt sana utk wt research ni nnt. Tp sayangnya ms kitorg smpai umah m.cik AA dia nk kna outstation plak. Dgn kebenaran m.cik AA, kitorg stay la kt umah dia. Ringkas cerita, kitorg x sempat nk tnya m.cik AA umah yg cantik/best kt sana la.

Ok, seingat ak ms kitorg dtg umah dia tu, tgh cuti.

Slps brbincang, kitorg satu group ni sebulat suara naik van nk ke rumah yg si Syawal kata "best" tu. Rmh yg dia mksudkan tu iyelah Istana Bilah.

Hampir sejam lepas brpusing-pusing kt area Papan[Perak], akhirnya kitorg jumpa la jgk tmp yg Syawal mksudkan tu. Ms sampai tu dalam pukul 10pg klu x silap aku.
Jln nk masuk tmp tu mmg trpencil sikit tp yg ak ingat lg, cuma ad satu aje umah melayu kt situ n yg lain semuanya rmh cina.

Utk msuk kawasan Istana Bilah tu plak kitorg kna lalu pagar.Ms kitorg smp tu, pagar tu x berkunci, jadi kitorg redah aje la masuk.

Sampai2 aje kt sana, si S yg bwk van terus parking. Kitorg smua keluarlah. First time tengok tmpat tu ak da rase seram sejuk aje. Pastu boleh la pulak kat dinding pagar tu tulis prkataan Istana Bilah. S yg trbaca tulisan tu terus naik angin. Sebabnya dia kta kitorg semua dh kna kencing ngan Syawal. Aku tanya lah nape. Dia cakap lah yg kitorg ni sepatutnya study pasal rumah melayu lama dan yg kt depan kitorg sekarang ni ialah Istana dn bukannya Rumah!!! Bila ak fikir2 balik, betul jgk ckp si S ni.

BB ms tu cuba tenangkan keadaan. Alang2 dh smp sn, E cadang kitorg g survey je la dlu.

S,W,E trus aje gerak nk ke istana tu manakala ak,BB ngn AA menyusul. Tetiba ak perasan yg si NN xikut kitorg. Ak soh la BB panggil si NN ni yg ms tu still lg kt dl van. Tetiba si BB menjerit panggil ak. Ak trus aje la dtg. Ak tgk si NN ms tu dh diam semacam smbil mulut terkumat-kamit mcm tgh bc sesuatu sambil mata dia trbeliak merah. Pintu van kunci dr dlm.Ms ni ak btul2 da start cuak sbbnya ak tau ad bnda lain dlm bdn NN ni. Dgn semangat yg ad,ak baca 3 KUL. Bebetul lpas ak habis bc 3 KUL ni si NN terus lari kuar dr van trus lari ke blkang Istana tu. KItorg cuba tangkap dia tp xdpt.

Ak panggil smua bdk group ak blk. Ak gtau la ap yg dh jdk kt NN. Ak,S,W ngn E akan cuba carik si NN. AA ngn BB ak,stay kat van aje sbb diorg kebetulan ms tu dua2 tgh period. Ak soh diorg bukak tape yassin/mengaji kuat2....

Bl smpai kt dpan istana tu tetiba aje kitorg trdgr ad bunyi bising kt tingkat atas. S,W ngn E boleh plak redah g naik tingkat atas. Ak ni sbnrnya penakut jd ak stay aje la kt bwh. Tetiba aje ms member ak smua naik atas tu, ak trnmpak si NN ni tgh brdiri sebelah tiang betul2 pandang tepat kt aku. Berderau jantung aku ms tu. Dn kebetulan lak ak bole trnmpk si S ni dah dukung si NN turun dr tangga. Ak jadik bertambah cuak sbb ak nmpk 2 NN, satu yg member ak dukung dn satu lg yg kt tepi tiang ni. Tanpa pedulikan NN yg kt tiang tu,ak terus aje g ke arah member2 ak. Dn yg lg "best"nya, kitorg masih lg dgr bunyi bising kt tingkat atas tu lg ms nk blah. Ak x gtau mmber2 ak psl ak nmpk 2 NN tp ak smpt lg menoleh kt tiang tu ms nk blah, "dia" still lg ada....

Seriously ak xtau la hantu pesen apa diorg ni, siang2 buta pun berani kuar.

[ tp area tu mcm redup sikit la]

Bl smp kt van ak tgk AA ngn BB tutup/kunci semua pintu. Lepas msukkan NN dlm van kitorg terus nk kuar dr situ la tp ms smp kt pintu pagar tu kitorang kena tahan ngn sorang m.cik yg muka dia serius semacam.

M.cik tu bole plak tnya kt kitorg cmne kitorg msuk area istana tu? W cakaplah yg pagar istana tu tk kunci tp mcik tu cakap yg kitorg tipu, sbb nye mmg mcik tu dh kunci pagar tu semalam lg....KItorg yakinkan jgk mcik tu psl pagar tu mmg x kunci. Last2 mcik tu diam aje............

Mcik yg ak ckp muke semacam ni sbnrnya org yg jaga istana Bilah ni. Umah dia ni yg paling dkt ngn istana tu, yg lelain semuanya jauh2 belaka pastu umah cina plak tu.

Dia ad tnya kt kitorg ap yg dh jdk. W cter la yg c NN ni da kna smpuk smpai lari msuk istana tu. Bl diorg jumpe2 aje, c NN da pengsan. Lg skali mcik tu tny, "mcmna korang msuk istana tu?". "Ikut pintu la cik" jwb si W. "Tp kn pintu tu brkunci?" jwb mcik tu lg...Msing2 da buat muka confuse....Last2 mcik tu soh kitorg jumpe sorang ustaz kt satu gerai mkn. Kitorg pn g la.

Ak ringkaskan, kitorg jumpe ustaz tu n terus la berubat. NN lastly sedar. Dia ckp la dia x sedar langsung ap yg jdk kt dia start kitorg msuk area istana tu lg.

Lps ustaz tu ubatkan si NN, E plak tetiba diam semacam. Ms ni kitorg da nk gerak blk umah dh [lepas Asar]. Ustaz tu ckp la yg E ni pon ad "benda" ikut dia balik. E start ckp bahasa2 yg ak x phm langsung tp bdn dia langsung x gerak. Ms ni ustaz tu amik serban dia, baca ayat n terus libas kt kepala member ak ni. Terus dia pengsan.

Lpas maghrib barulah E ni sedar. Ustaz tu tanya la apa yg dia buat ms kt istana tu. Rupanya ms naik istana tu, si E ni ada amik satu tepak sirih. Ustaz tu soh dia pulangkan mlm tu jugak tepak sirih tu. Ms ni ak da xbole nk bayangkan rupa kitorg bl ustaz tu soh kitorg balik kt istana tu. Nk tgk istana tu pun da tkut inikan plak nk msuk!!

Tp kitorg lega bl ustaz tu ngn anak laki dia akan temankan kitorg g istana tu tp syaratnya sape yg amik tepak sirih tu yg akan letak balik ke tmpt asal. Selain NN, kitorg smua g kt istana tu balik.

Olh sbb W ni mmg da tkut nk msuk istana tu, ustaz tu soh E ngn S temankan dia msuk skali. Alasannya, ms W amik tepak sirih tu, diorg pun ad jgk. Ak plak stay kt luar istana tu dgn yg lelain. Selamat aku siot sbb ak mmg tkut sgt ms tu.

Sblm msuk istana tu ustaz tu soh W ni ikat jari kelingking dia guna satu benang putih. Gulungan benang yg lain ak yg akan pegang. Dia bg amaran yg benang tu jgn skali-kali tanggal atau putuskan. Senang cter, ak akan jaga diorg la ni.

Aku ingat lg ms tu jam dah dekat pukul 10 mlm. Member2 ak yg 3 org ni pon msuk la istana tu ngn keadaan yg serba cuak. Ak hanya jaga benang yg ad kt tgn aku tu, tkut trlepas atau putus. Dekat 10 minit pastu diorg x kuar2 lg dr istana tu. Ustaz tu soh ak tarik benang yg kt tgn aku tp benang tu boleh plak putus.

Ustaz tu terus geleng kepala.Terus dia soh anak dia msuk istana tu.

X lama pastu ak tgk si W,E ngn S semua keluar dr istana tu tp dgn keadaan bogel!! Ak ulang lg skali, diorg BOGEL!!! Org yg pertama skali keluar iyelah W. Diorg mmg bogel habis tp pakaian diorg pegang la sbb nk tutup "anu". Ak tgk BB ngn AA x kelip langsung pun mata ha..ha..

Ok, lepas diorg pkai bju smua, terus kitorg balik.Mlm tu kitorg tumpang tdo kt umah ustaz tu.

Esoknya br la ak tnya ustaz tu nape diorg smua bogel. Ustaz tu ckp la kalau umah org dulu2 atau istana biasanya akan ada "pengawal". Kalau pencuri msuk umah tu nk mencuri, diorg xkan dpt keluar melainkan diorg bogel. Kalau tdk, smp bebila pn diorg xkn jumpe pintu kuar.


P/S: Utk pengetahuan korang, ini adalah ceriita benar ya. Bukan rekaan.

Monday, July 25, 2011

Adakah anda masih DARA?

Haa....cuak takk bace tajuk entri kali ni? hahahh.. Dalam zaman skang yang makin canggih n moden ni seperti yang kite semua tau, kalau kat KL ni aje toksah cakap ah memang dah bersepah pun dak2 remaja pempuan yang xde dara. Kalau tak kerana masalah sosial, kene rogol kene 'cocok' mase masih bayi tak pun dek sebab aktiviti yang sangat lasak cm sukan. Bukan aku buat2 cite, tapi ramai antara membe2 aku sniri kat KL ni dah x dara pun. Normal la tuh, aku pun xkesah sbb tu hal peribadi memasing.

Anyway, ada sesetengah negara sangat-sangatlah peka dan sensitif isu dara-dara ni. Aku x sure negara mana yang aku nk citer ni tapi benda ni memang betul2 ah. Kat negara tu dorang xpedulikan rupa paras langsung tapi yang penting bagi mereka adalah dara. Mereka ada 1 acara "Pengiktirafan Dara" yang memerlukan gadis-gadis muda kaum mereka dinilai sama ada mereka dara lagi ke tak. Macamana nak nilai? alaa...macam spot check time kat skola-skola dulu tu yang ustazah buat utk make sure xde female student ponteng solat dengan alasan ABC (AllahBagiCuti)....tapi ni lagi dasat ah.

Those girls WAJIB kangkang depan wanita tua yang berpengalaman dan membenarkan wanita itu kelebek kemaluan mereka dengan teliti dalam proses pengesahan dara ni. Dorang buat acara ni macam 1 ceremony plak bila gadis-gadis muda yang akan dinilai dimestikan memakai 1 'uniform' untuk memudahkan proses penilaian tu. Yang sedap tu uniform ni xde baju la pulak. bahagian atas tubuh gadis-gadis nih dibiarkan terdedah dan aku pun tatau ape ke motifnya dorang biar buah dada mereka ditatap sekian ramainya manusia yang tengok acara ni. Oh ye, acara ni dibuat depan public ok kawan-kawan!

Setelah mereka disahkan dara oleh makcik-makcik yang berpengalaman tu dorang akan diberikan 1 tanda di dahi dan sijil pengiktirafan dara sebagai 'bukti dara' pada kaum lelaki yang ingin berkahwin dengan gadis itu kelak. Hm..mmg la unik. Jom layan gambar plak~ lalallalallalalalaa ~~~


Ujian Dara%20copy Ujian Dara : Jika Lulus Dapat Sijil Saya Masih Virgin
Beratur menunggu giliran untuk dinilai

Ujian Dara%20(3)%20copy Ujian Dara : Jika Lulus Dapat Sijil Saya Masih Virgin
Mengangkang untuk di'check' penilai

Ujian Dara%20(4) Ujian Dara : Jika Lulus Dapat Sijil Saya Masih Virgin
Terbukti dara. Dapat tanda suci

Ujian Dara%20(5)%20copy Ujian Dara : Jika Lulus Dapat Sijil Saya Masih Virgin
Hahahh..Part xboleh belah. Bergambar dengan sijil dara memasing dalam Majlis Graduasi Kedaraan


Hmm...macam2 ade lam dunia ni kan? Okeh r tuh at least tengok manusia macam-macam ragam ni xla bosan kan..leh gak jadi info-info menarik utk post lam blog cam aku buat nih. Mwahahahahh =D




Mistik Perkuburan Mahmoodiah

“ Kalau bulan bisa ngomong…. ”

Dengan riangnya Kadir menyayikan lagu kegemarannya sambil tangan kanannya cekap mengawal stereng kereta dan tangan kirinya dikejapkan pada bahagian gear.Sebentar saja lagi,dia bakal menyusuri sebatang jalan raya berhampiran Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru ,Johor . Ertinya,destinasinya untuk memintas ke jalan utama semakin hampir.Tempuh saja lampu isyarat di depan sana nanti,sampailah. Kadir dalam perjalanan ke sebuah restoran di Danga Bay untuk bertemu rakan-rakannya .

“ Kalau bulan bisa ngomong…. ”

Sekali lagi Kadir mengikut lirik di bahagian Intro tersebut.Walaupun itu lagu kesukaannya,namun bait itu sajalah yang tahu disebutnya.Selebihnya belum hafal.Sebaik saja memasuki kawasan luas milik hospital tersebut.Kadir mula menoleh ke arah kanannya.Ratusan kubur yang menghuni tanah perkuburan Mahmoodiah yang bertentangan dengan Hospital itu,langsung tidak menarik perhatiannya.Baginya,itu pandangan biasa.Sebuah kawasan perkuburan yang sama saja seperti di tempat lain.

“ Senangnya orang kat sini.Mati di sebelah kiri,tanam di sebelah kanan.Tak payah jalan kaki jauh-jauh,” Kadir mengomel sendirian memaksudkan akan rumah mayat yang terletak di sebelah kiri dan tempat pengebumian di sebelah kanan yang bagaikan ‘ memudahkan ’ lagi proses pengkebumian kiranya seseorang yang meninggal dunia di Hospital .

Kawasan tanah perkuburan yang dimaksudkan itu memang luas.Kalau berjalan kaki,hampir satu kilometer panjangnya.Menariknya,kawasan perkuburan ini khas untuk warga Johor Bharu saja.Ertinya,orang Muar,Pontian,segamat dan sebagainya tidak ‘ dibenarkan ’ disini .

SREEETTTT !!!!

Kadir menekan pedal brek.Terkejut kerana tiba-tiba ada seorang gadis yang menahan keretanya.Kadir memandang ke arah belakang menerusi cermin.Jelas gadis tadi masih ada.Kadir melihat jam di tangannya.Tepat jam 9.00 malam.Segera Kadir bertukar gear.Dari free gear ,ke reverse gear.Perlahan-lahan,kereta diundurkan.

“ Nak ke mana ni dik ? ” Tanya Kadir pada gadis itu sebaik saja dia memberhentikan keretanya.Orangnya cantik,berambut lurus melepasi bahu.

“ Nak ke stesen bas,bang.Dah lambat ni.Nak kejar bas.Boleh abang tolong saya ? ” Tanya gadis itu .

“ Stesen bas ? mmm….abang tak lalu jalan tu dik.Minta maaflah ya, ” jawab Kadir .

“ Kalau macam tu,abang hantar kat depan tu saja boleh tak ? Nanti saya naiklah mana-mana yang sempat.Bas ke….teksi ke…,ujar gadis itu .

Kadir setuju.

Sekadar nak tumpang ke depan sana.Apa salahnya.

Sebaik saja gadis itu masuk dan duduk di sebelah Kadir,Kadir mula mengatur perbualan.Sajalah sekadar mengisi masa sementara sampai di simpang didepan sana.Rupanya,gadis itu bekerja di Singapura.Sepatutnya,teman lelakinya yang datang mengambilnya tapi entah kenapa masih belum muncul.

“ Saya dah pesan pada kawan saya tu,kalau datang ambil saya,jangan dengan motor.Saya lebih suka naik kereta.Takutlah naik kereta, ” gadis itu mula bercerita perihal kawan lelakinya yang juga kaki rempit itu .

“ Ala ….cakaplah kat dia , jangan bawa laju-laju , ” Kadir cuba mengusik .

“ Dah pernah cakap dah.Tapi dia kata tak perlu risau.Dah bertahun dia bawa motor berlumba dengan kawan-kawannya,tak ada apa-apa pun berlaku,” jawabnya kemudian.

Kalau dah macam tu,oklah,” Kadir terus melayan perbualan gadis itu.

“ Ok apa ? Benda dah jadi.Kami kemalangan masa dia nak hantar saya balik.Dua-dua terpelanting.Saya tercampak di jalan dan dia kena hentam dengan kereta yang tak sempat brek , ” nada suara gadis itu bertukar perlahan.

“ Ya Allah ! kenapa sampai macam tu sekali ? Habis tu,apa jadi pada kamu berdua lepas kemalangan tu ? ” Tanya Kadir ingin tahu .

“ Dua-dua mati bang ! ” jawab gadis itu sambil melemparkan pandangan ke luar cermin kereta.

“ Dua-dua mati ? Eh ! kesiannya….,” jawab Kadir.Kemudian dahinya berkerut.

Kalau dua-dua mati,bukankah itu ertinya wanita yang duduk di sebelahnya itu dah mati ? Habis ,kenapa…Kadir mula ketakutan.

Apa saja ayat yang terlintas di fikiran Kadir,dibaca dengan kuat.Dia tidak berani memandang ke arah wanita di sebelahnya itu.Yang kedengaran hanyalah suara hilaian tawa daripada wanita itu.Kadir cuba kuatkan semangat untuk melihat siapa sebenarnya gadis disebelahnya itu.

Diiringi dengan ayat kursi yang tidak putus-putus dibacanya,Kadir menoleh. Ya Allah ! Hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia saat itu.Gadis yang tadinya tersenyum manis,kini begaikan hilang wajah asalnya.Muka penyek,dahinya hancur dan darah meleleh-leleh mengenai bajunya dan serentak itu sebaik saja tiba di persimpangan berlampu isyarat,Kadir menyedari hantu wanita tersebut telah ‘ meninggalkannya ’ bersama bau yang amat memualkan.Kerana kejadian itu,Kadir membatalkan rancangannya untuk ke Danga Bay.Dia segera menuju ke Pontian untuk bertemu pakciknya.

“ Maknanya kau dah jumpalah ya dengan ‘ orang-orang ’ di situ.Tak sangka,hari ni kena pada anak saudara sendiri,” usik Khairan Ali,66 yang bekerja sebagai tukang sapu sampah di sekitar hentian bas tempat Kadir bertemu dengan hantu gadis tersebut.


Kawasan perkuburan Mahmoodiah


Tempat tu memang ‘ keras ‘ .Tengok sajalah tanah perkuburan di situ.Itulah yang paling luas di Johor Bahru ni.Macam-macam kejadian pelik berlaku di sana.Ada yang Nampak ‘ hantu ’ dan dengar suara orang mengilai.

Yang paling sering berlaku apabila kenderaan yang melalui kawasan itu ditahan oleh seseorang di bus-stop tu.Kononnya nak tumpang sekejap,” cerita Khairan .Menurutnya,orang yang arif dengan kawasan itu tidak berani menunggu bas di bus-stop itu apabila hari mulai gelap.Tambahan pula ia berdekatan dengan rumah mayat.

“ Saya pun sering dengar cerita pemandu yang dah ‘terkena ’ di sini. Orang minta tumpang,bila bawa berubah jadi hantu.Mujurlah saya belum nak lalu sini pada waktu malam,” kata Siva pula yang sering menggunakan laluan di hadapan kubur ini pada belah siangnya.


Pernah disiarkan media sebab roh tersebut sering menahan kerete yang lalu

Letupan Dahsyat di Matahari

Pada jam 2.41PM , 8 Jun 2011, Matahari telah mengalami sebuah letupan (solar flare) yang amat kuat.

C.Alex Young, ahli fizik solar dari NASA Goddard Space Flight Center memberi komen di dalam video youtube beliau, "It kelihatan seperti seseorang menendang segumbal kotoran habuk ke udara!".
Ia dirakam menerusi satelit NASA bernama Solar Dynamic Observatory.
Yang menarik dapat dilihat di dalam video tersebut, kebanyakan plasma yang dilontar ke atas, telah jatuh kembali ke permukaan matahari, dan menghasilkan 'percikan api' sebesar Bumi!
Plasma yang selebihnya telah berjaya melepaskan diri dari tarikan graviti matahari, dan menjadi serpihan yang dipanggil Corona Mass Ejection (CME) dan menuju ke Bumi pada kelajuan 1100km SESAAT! Di jangka apabila ia menghentam Bumi pada 8 atau 9 Jun ini, fenomena Aurora akan meningkat naik dan dapat dilihat dari kawasan negara berhampiran dengan kutub.

DAMN aku baru tahu pasal berita ni. But so far aku xdengar pape berita penghentaman serpihan matahari ni dengan bumi lagi.. dan aku xdapat cari berita susulannya dari sumber ni. harapnya menda ni xakan menghentam bumi sebaliknya bertukar haluan ke tempat lain pula. Amin.

Misteri Villa Nabila

Oke guys. Entri ni pasal sebuah villa lama yang terletak di Johor jugak..well johor memang banyak tempat2 mistik ke? aku pun tatau ah. tapi aku percaya bukan Johor je, negeri2 lain pun mesti banyak tempat2 berhantu kan cuma kite je tak tahu. Kalau nak diikutkan dari apa yang aku dapat mase aku netwalking (sangat banyak masa dihabiskan oke, tapi sebab aku ni xde wat pape dok uma goyang kaki je, aku dapatlah luangkan masa yang sangat cukup utk cari cerita2 seram camni) villa nabila ni ade banyak jugaa versi nya. Yelah cerita lamakan. So orang yang bercerita dari 1 mulut ke 1 mulut tu, banyaklah yang menambah garam gula serta ajinomoto skali dalam cerita dek sbb nak sedapkan lagi cerita dorang. Dah skarang ni kita yang baru hidup ni xtau la pulak mana 1 cite yang betulnye. Tapi xpelah, just sebagai peminat kisah-kisah seram, aku pilih 1 version yang aku rase memang best dan menyeramkan untuk dikongsikan dalam blog aku..Anyway betul ke tidak wallahualam aku bercerita sekadar utk hiburan semata-mata. No hard feelings okeh.

Villa ni terletaknye atas sebuah bukit dan telah dibina lama berabad-abad sebelum ni. Banglo ni telah dibina oleh sorang lelaki barat yang kaya raya dan beliau telah menamakan villa ni Christine Palace sempena nama isteri tercintanya. Lelaki ini berpangkat datuk dan amat berpengaruh di Johor ketika itu. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Nabila, nama tempatan Malaysia disebabkan anak itu dilahirkan di Bumi Malaysia.

Kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia sehinggalah si kecil Nabila berumur 5 tahun. Pada suatu hari lelaki tersebut dan isterinya dibunuh oleh sekumpulan penjenayah dan hanya Nabila sahaja yang terselamat sebab sempat bersembunyi. Penjenayah-penjenayah tu merompak segala barangan berharga dalam rumah tersebut dan lari tanpa dapat dikesan.

Then tinggallah Nabila dalam keadaan sangat takut dan xtau nak buat apa memandangkan dia kecil lagi. Dia cuma menangis sepanjang hari di sisi ibunya sehinggalah keesokan harinya memanggil-manggil ibunya yang telah mati. Petang keesokan harinya, orang gaji mereka pulang dari bercuti di kampung halamannya dan beliau teramat terkejut melihat mayat-mayat majikannya bergelimpangan di ruang tamu dan anak majikannya yang kelihatan lemah menangis di atas dada ayahnya. Mungkin kerana penat dan tidak makan langsung selama 2 hari membuatkan si kecil itu lemah.

nampak x bangunan disebalik pokok ni? itulah sebahagian dari Villa Nabila ni.

Orang gaji a.k.a amah keluarga ini cuba memujuk Nabila supaya diam tapi Nabila tak mau diam, masih merengek memanggil ayahnya bangun dari 'tidur'. Si amah terfikir-fikir apa yang harus dibuatnya, tapi secara tiba-tiba amah tersebut terfikirkan harta kekayaan yang diwarisi Nabila sejurus kematian ibubapanya. Dengan perasaan tamak yang memuncak, si amah mengambil keputusan untuk membunuh Nabila supaya dia dapat membolot semua harta bekas majikannya itu.

So, Nabila yang kecil dan tak berdaya itupun dibunuh oleh orang gaji ibubapanya sendiri dan disimen ke dinding oleh amah tu. Tak lama lepas tu pihak polis menemui mayat-mayat suami isteri itu atas laporan orang ramai yang mencurigai kehilangan keluarga itu secara tiba-tiba. Diorang x jumpa Nabila, puas dorang lakukan siasatan then atas 1 kesilapan yang ditinggalkan amah tu menjadi klu pada pihak polis tentang dimana mereka perlu mencari Nabila - kesan simen yang tidak kemas pada dinding dan peralatan yang tidak tersusun dalam bilik stor.

Polis pun cuba pecahkan dinding tu dan terjumpalah oleh mereka mayat si kecil Nabila yang mulai reput. Dari sumber tertentu ada mengatakan, sehingga rumah itu dirobohkan, masih ada kesan bentuk tubuh Nabila yang disimen di dinding villa tu. Lama rumah tu dibiarkan kosong sebab orang tak berani duduk. Lumrahlah bila ada kes mati xkira sama ada dibunuh atau bunuh diri, orang tanak dekat dengan tempat tu sbb percaya roh si mati yang x aman menghantui tempat tu.

Dalam kes ni, banyak cerita tentang kemunculan lembaga-lembaga aneh berkeliaran dikawasan villa ni. Ade yang penah nampak budak kecik berdiri kat pintu masuk villa ni. Setelah lama kejadian pelik-pelik cm kemunculan roh Nabila ni berlaku, orang pun mula panggil tempat tu Villa Nabila.

Pehh seram sial. kalau tengokkan gambar luar rumahnya saja cukup lah aku meremang sudah. Diberi RM5000 suh tidur lam villa ni pun aku tamau.

Sekian, Terima kaseh!

Arwah Mansor & Sheekin Black

Salam sume. tadi mase aku blogwalking..aku banyak jumpe cite seram and kebanyakannya berlokasi di Johor Darul Takzim. agak dahsyat ek. mungkin sbb aku x pnah tinggal kat Johor thats y aku x tau sume cite2 ni. Xpe mai aku nk share ngan korang sume.

Yang aku nk cite skang ni kisah bunuh diri arwah Mansor & Sheekin Black. Dorang ni actually pasangan kekasih. kalau dah bercinta tu..erm susah kita nak jangka. mereka ni terlanjur. Tapi Mansor xlari tinggalkan Sheekin terkontang-kanting. sebaliknya dia n sheekin mintak restu keluarga untuk bkahwin. Masa tu kandungan sheekin dah cecah 5 bulan dah. tapi keluarga dorang masing-masing xsetuju dan langsung x merestui hubungan dorang berdua. Disebabkan dorang buntu dan tertekan, mereka ambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Mansor dan Sheekin mengikat tubuh dorang kat atas landasan kereta api Pletong dan akhirnya mereka mati bersama akibat digilis kereta api kargo. Hancur berkecai tubuh masing-masing. After kejadian tu, ramai orang terserempak roh Mansor ni berkeliaran di landasan tersebut. Roh Sheekin pula dalam keadaan mengendong bayi berbungkus kain a.k.a batu nesan.

Disebabkan kejadian ni orang ramai dah xberani nak naik kereta api time malam even orang yang berniaga pun xberani nak meniaga sampai lewat malam. Ade 1 restoran di Highway Pasir Gudang yang sekarang sudah kosong sebab ownernya xpernah dapat kekal lama kat situ.

Nak dijadikan cerita, dulu adalah pokok buluh kat bawah jambatan permas (dari pletong nak masuk permas). Kat situ ada sorang mamat berniaga burger sampai lewat malam. Pada 1 malam nih datang sorang perempuan berpakaian putih mengendong bayi dan die order daging mentah semata-mata. Mamat ni pelik la..so die usha je pempuan ni tengok-tengok bayi yang dipegangnya, macam aku cakap tadi batu nesan. Ape lagi maunye mamat ni x lari macam xcukup tanah? Esoknye baru die ajak kawan dia datang kemas stall burger die. Orang2 kat situ cakap itu mungkin roh arwah Sheekin yang x tenang. Betul atau tidak xtahulah.

Wallahualam.

Sunday, July 24, 2011

Benci Rahmah!

Sape Rahmah? ntah pompuan mane tah aku pun xtau. yang aku tau aku x suke die...sebab xsuke die, sebab die curi perhatian Bulan aku. Sumpah sakit gile babi ati aku bile Bulan cakap die suke tgk pempuan ni..pempuan ni cute. (Ade aku kesah?) memangla aku x cute mcm die. (sape suruh aku xcantikkan kalau x xde la Bulan aku nk tengok pempuan lain) Aku rasa nk mengamuk sangat. Air mate aku nk jatuh..tapi aku rase aku ego. aku xnk bia airmata aku jatuh. Aku bukan lemah. tapi aku xmampu nak kehilangan orang yang aku sayang lagi. tapi aku xde hak pun nak halang die suke kat sape-sape pun kan. Aku rase makan hati sangat malam ni.

Haa..kan...tadi aku boleh tahan bile aku luahkan lam blog aku ni xpasal2 air mata aku gugur jugak. Bulan, saye nangis sebab saye cemburu. saye nangis sebab saye benci awk suka tgk org lain. saye xpeduli secantik manapun dia. saye xde hak nak halang awk dari suka tgk dia ke suka kat dia ke.. tapi saye x sanggup je. saye takut. memang sy takut sbb awk lebih byk habiskan masa kat tempat kerja dari bersama saya.

EI sumpah aku benci pempuan yang xtau pape tu. kalau dia xde kapel.. kalau saye xde...agaknya awk mesti try ayat die cmana awk mula2 nk kat sya dulu kan? saye memang xmampu lagi nak jaga awk. saye xmampu nak happykan awk. sy selalu rase diri saye xlayak utk awk.. sebab tu saye asyik cakap nak lari umah aje. sebab saye nak bjauhan dgn awk. saye nak tau awk perlukan saye lagi atau x...sy nak tau kalau saye bjauhan dgn awk, awk akan rindukan saye atau x...kbelakangan ni awk sibuk sangat keja..sy tau awk penat..tp sy xleh halang diri saye daripada ngade2 mintak perhatian dari awk. saye benci diri saye.

Sumpah saye benci diri saye. Saye harap saye leh mati cepat supaye awk leh hidup dengan aman. Saye hanye nak awk bahagia Bulan. Saye sayangkan awk. Airmata saye malam ni saye hadiahkan lagi untuk awk, cinta hati terindah yang pernah saye miliki.

Are you dummy about penk?


Cool Myspace Generators

haa.. I had made this book cover.

Friday, July 22, 2011

Nak Menngomel Tanpa Topik

Ngehehehe.. know what? I had bought this laptop skin. Its pretty nice. well i think better la daripada laptop aku tu bogel dan berisiko ntuk calar balar sane sini kn. tapi, masya-allah.......nak mencari skin ni aje kemain susahnye. why? pertama, sbb ade si Bulan yang malam sebelumnya xckup tdur (5hours only)..kedua, sebab letih bangun awal pagi dengan Bulan p breakfast kat Grand Season hotel sbb papa aku nak balik sabah dah tat time. pastu pegi pulak tgk movie kat WangsaWalkMall.. HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS : PART II oke?!




tu wajib tengok. sape yang x tengok lg pegilah tengok sbb sumpah korang xkan menyesal. cite die mmg epik gile gempak gile masyuk gile dan segalenya gilelah senang cakap. okay lupekan pasal tu. dalam panggung tu sejuk gile (gile lagi?) nak mati smpai aku pun menggigil teruk walaupun tengah sebok menangis. masa aku nangis ngan penuh perasaan tu adelah aku terasa hangat skit maybe sbb khusyuk sgt kot melalak smpai terlupa nak rasa sejuk? aih, so kesimpulannye dah sejuk2 tu dah tentulah Bulan yang xcukup tido ni gile babi mengantuk kan..

keluar je dari panggung kedai2 pertama yang kami jumpa adalah kedai2 yang khusus untuk PC & Laptop punye gadgets..ape tah org panggil. so aku masuk 1 kedai bli cover untuk hardisk aku yang hot berwarna merah, aku beli baju die kaler itam. then pusing2 lam kdai tu carik laptop skin, xde lak yang santek. so pegi kedai laen, ha kat sini beratus-ratus pulak skin yang ade..damn tired nak pilih satu-satu tu sampai aku tercangkung kat situ memilih.. si Bulan ni dah merengek-rengek ngantuk..haha adoyai..tension tul aku tgk skin-skin yang ade...huduh-huduh belake. sudahnye aku rembat je 1 yang bertulis Levi's. cam kulit ular pun ade gak. jap jap aku upload gambar skin terbabit.




Ha...xbegitu memuaskan hati aku corak die nih. tapi oke laa...cm aku kata td..daripada telanjang bagus la ade protection. ni kalo tangguh-tangguh nak jumpa yang ati berkenan alamatnya penuh dengan corak baru dulu r laptop aku bru dapat baju die kan? Oke ah. tatau nak merepek ape dah. Thanx for reading~ =)

Tuesday, July 19, 2011

Deep From My Heart

aku salu dah majuk ngan Bulan sbb die salu bz smpai xde mase nak layan aku kat umah.. (wey bukan layan yang bukan-bukan oke.) aaku da jarang gurau-gurau n hang out dengan die..bosan, sunyi n sedeh pun ade gak..tapi cm die kate la..kalau die x keje sape nak bagi kitorang makan..adoi sedih nye ayat die... hm kalau lah die keje opis yang ikut opis hour...kan best. Ni keje opis tapi x ikut opis hour.menyampah betul aku..xcukup dgn tu, ahad n public holidays pun kene keje..walaupun ikut shift tapi mcm sucks la pulak.. aku menyampah bermadu dgn bos die tahu!



tapi xpelah. xlama lagi aku dah boleh kua umah...ha..aku akan carik keja. aku pun nak bz jugak.xde la aku sunyi n bosan kat umah ni. masa tu kami 2-2 keja...duit pun banyak la sket..ekekkee sape tanak duet oii?

Rumah Hantu kat SA : Tipu ke BETUL ada?

Aku ingat lagi masa aku kalut nk cari rumah sewa dulu, masa tu bulan 2-3 2011, aku sebok usha sana sini n tanya kekawan aku pasal uma sewa yang agak-agak murah area KL ni.. sebab aku nak pindah masuk ngan Mr.Bulan aku yang masa tu masih duk Sabah lagi. then on this particular 1 day, 2 org member aku gtau.. Tokwan & Aryn gtau ade 1 rumah sewa kat SA (Shah Alam) sewanya murah gila..Rm50 jer. aku mmg le teransang siot dgr sewa gile murah gitu. But membe aku ckp uma tu berantu bagai...mmg byk story drg dgr pasal umah tu.. (aku xplak pnah dgr ek..) aku ni plak disebabkan terdesak pnye pasal nk dapatkan umah sewa..macam rela aje nk duk umah tu. (tapi sumpah aku xpernah bayangkan umah tu buruk cm lam gambar nih!) aku fikir kalau kite xkacau die, die xla kacau kite kaan...then aku call Mr.Bulan gtau die...Bulan kata die xmau umah mcmtu eventho murah gile babeng.. aku cm bengang gk masa tu sbb bg aku tu peluang... (pulak dah!) Bulan bagi reasonnyer, die xmau ade gangguan atau 'teman2' yang lain duk ngan kitorang skali nt...n plus, bile die pegi keje kan naya aku tinggal sengsorang kat umah tu? yang aku ni plak ngan bebalnya beriya-iya cakap aku xkesah la aku oke je lah..(mcam la hebat sgt plakkan?!) Pas usaha memujuk Bulan x berjaya..aku pun surrender ah..xpe ah cari je ah uma lain. tap;i berhari2 weh...aku dok pk pasal betapa jimatnya kitorang kalau dpt umah tu...the whole house! just 50 bucks dowh~! DAMN. lame2 aku pun terlupa pasal rumah tu.



Today aku saje2 nak bukak blog serius yang memaang serius syok dilayan just nk melepak bace ngomelan si Obedient ( writer blog ni ah ).. aku terjumpa plak mamat ni posting kat blog die pasal umah tu..pergh aku ape lagi..dengan terkejut siotnye aku bace ngan gelabah..bile abis baca lama aku tercengang....... (memati aku ingat si Obe-yang-aku-suka-gayanya ni yang pnah staay umah tu!) aku dah semangat nk cite kat Bulan (tengah keje time tu)... Aku punye la bersyukur kalau tak mesti aku dah pegi carik umah tu dulu nak duk siitu.... well... ni cite yang aku bace tu..xtau la sape yang mengalaminye atau betul ke tidaknye citer ni.. tapi cam Obe ckp..kalau xbetul pun mmg story ni kebaboOm n HOT gile seh.. kalau wat movie pun boleh! kalaulah ni cite rekaan skalipun, aku mmg tabik hormat 3 kali pada perekanya. sbb citer ni mmg nice story n leh r dpt full stars!!

.............................................................................................................................


TRUE STORY?

Huhuhuhu seram juga cerita nih.9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.


  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas


Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.Malam tu kami kena lagi teruk.Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.



Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah.

Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga.

Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......Aku demam 3 hari.Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihahOps..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310 je.