Tuesday, February 14, 2012

Pertemuan & Perpisahan

Salam semua. Selamat pagi tengah hari. Dah breakfast lunch ker? Oh saye memang jarang breakfast. Lunch je terus. Teehee =D

K.A.N.T.O.I

Ok abaikan. Kita terus pada topik kita hari ini iaitu Pertemuan & Perpisahan. Kita ringkaskan jadi P&P la boleh tak? Tak boleh. Tak best dibaca. Ok abaikan.

Ringkasnya, setiap yang bertemu akan berpisah. Kerana itu sudah sememangnya suratan takdir dan ianya adalah lumrah hidup di dunia yang sementara ini. Tak kiralah berpisah sebab apa…Putus cinta ke, Kematian ke, Studying abroad ke, hatta untuk balik kerumah selepas semalaman melepak di Bukit Bintang sekalipun.

Pertemuan juga tidak terbatas pada mereka yang terserempak kat pasar masa tengah beli ikan je.. tidak juga hanya pada mereka yang plan buat party kat rumah ajak member2 zaman sekolah dulu…Menyambut kelahiran seorang bayi juga adalah pertemuan ya. Ianya antara pertemuan paling berharga dalam hidup seorang ibu dan seorang bapa dan juga bayi itu sendiri. Ianya pertemuan kali pertama. Ianya pertemuan yang istimewa.

**Woowwowowoww~~~Apahal ayat aku macam lahanat sangat ni??~ Merepek memang hebat kau kan Nia!! Teehee!! **

Okay. Berbalik pada topik kita tadi.

Tadi aku online pesbuk…Lepak jap kat News Feed, ada dua tiga orang member2 aku dok tengah celaru sebab berpisah (break-up) ngan buah ati memasing… Wallaweh sedih okay tengok status derang… ada yang kena tipu…ada yang diduakan…ada yang berpisah sebab da bosan…ada jugak yang berpisah dengan sebab paling bodoh aku penah dengar…iaitu berebut anak patung. Sungguh wattefak.

Pastu da berpisah boleh pulak meroyan maki2 kat status fb kata :

“kalau kau sayang aku kau patutnya boleh bagi tedyy tu kat aku lah sial!”

dan pasangannye pulak buat status :

“aku tak pedulik apa kau nak la babi! Apa yang aku nak lagi penting untuk diri aku!! Buat apa aku pk pasal kau!! Go To Helllah Puihhhh!!”

 

……………………………Disappointed smile………………………

 

Sungguh aku tak sangka sebijik anak patung boleh menjadikan manusia sebegitu bodoh? padahal kau bercinta kalah romeo & juliet sebelum ni… Ni tak pasal2 sebab anak patung tu yang korang gaduhkan smpai putus? Hurm…manusia..manusia….pelik aku.

So hakikatnya perpisahan boleh terjadi dalam apa bentuk skalipun…Normallah der…kitakan manusia…Just ingat 1 perkara ni…

Bukan ex korang tu jahat…

tapi ada yang lebih baik lagi menunggu korang diluar sana….

Ini adalah kata-kata pemberi semangat terbaik yang aku pernah tahu sejak aku hidup 21 tahun yang lepas bagi kes perpisahan dalam percintaan. Jadi lepas ni, kalau boleh aku taknak la lagi tengok rintihan-rintihan menusuk kalbu dalam status fesbuk sebab break-up ngan  buah ati ya… bak kata hubby aku, rileks jeee~~

Peace yaw Winking smile

Sekian.

No comments: