Tuesday, November 15, 2011

Windows Live Writer

Okey, Aku memang baru kua gua kalimantan. Aku baru tahu tentang WLW. Aku baru tahu bagaimana berblogging dengan cara baru. Fine. Noob.

 

So now aku nak test arr WLW yang aku baru install nih.

 

Testing Tulisan

BIRTH OF A HERO.  

Tak payah cari dalam windows asas korang sebab aku install tulisan ini

 

SF GUSHING MEADOW

Ini pun aku install. saje nak test. sebab kalau blogger mana ada.

 

Testing Smiley

 

Open-mouthed smileWinking smileSurprised smileAngry smileEmbarrassed smileDevilVampire batSarcastic smileSick smileSleepy smileRolling on the floor laughingGreen with envyNyah-NyahFreezingRed heartRed roseSnail

 

Testing Picture

 

flyers heheh

 

Testing DONE.

 

Itu je yang aku nak test. Adakah ini kerana 1st time aku pakai WLW atau memang menda ni rasa kinda weird bila dipakai? I guess sbb aku da biasa buat posting terus dari Blogger.

Takpelah. Nak try dulu. Tiqah kata best guna natang ni. Jimat masa buat posting.

Well tak kenal maka tak cinta bebeh. Good Days fellas~

Saturday, November 12, 2011

Fakta Hukuman Gantung di Malaysia







TALI GANTUNG

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan 
ulit banduan yang akan digantung. 
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.







Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan 
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 
kilo selama 72 jam. 
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia 
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.


"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi
 terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada 
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas 
Samuel.






Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang 
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.



APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung 
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi 
sehingga hukuman dilaksanakan.




Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka 
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang 
bertugas.




Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga 
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, 
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.




Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah 
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di 
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad 
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan 
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada 
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya 
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel. 





Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan 
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman 
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.




"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar 
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan 
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata 
Samuel.





Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya 
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu 
di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."


Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan 
terakhir ini.


Banduan juga akan diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai 
RM7.50.



HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman 
gantung "pergi dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk 
hukuman dilaksanakan.




"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan 
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi 
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.




"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka 
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila 
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang 
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak 
tahan lagi menunggu," katanya.






Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka 
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.


"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang 
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.


Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada 
hari hukuman.


"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar 
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai 
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan 
jenaka," cerita Samuel.





Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk 
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari 
hukuman akan dilaksanakan.




PELAKSANAAN HUKUMAN

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan 
secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik. 
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 
5.18 meter. 
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian 
suasana penjara.







Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar 
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat 
kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya 
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. 





Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian 
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan 
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam 
dibiar tergantung.





"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati 
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada 
dia, semuanya tak ada masalah.




"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan 
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- 
bos saya dulu," kata Samuel.




Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. 

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada 
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.


"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, 
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi 
penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan 
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.










fuuuuuuuu~ seram siak!